Friday 23 September 2011

PENGENALAN

Kemahiran Hidup perkebunan adalah tajuk keempat di dalam Sukatan Pelajaran Kompenan Kemahiran Hidup Bermasalah Pembelajaran.  Kemahiran ini memberi fokus kepada perkembangan motor kasar, motor halus dan pengamatan murid.  Kemahiran berrkebun ini akan menyediakan murid dengan kemahiran asas yang diperlukan dalam kehidupan seharian mereka .

Tanggungjawab melengkapkan murid-murid berkerluan khas dengan kemahiran seperti perkebunan perlu dipikul oleh guru dan ibu bapa. Kerjasama kedua-dua pihak penting bagi memastikan murid-murid berkeperluan khas memperolehi kemahiran yang diperlukan oleh mereka untuk kehidupan seharian. Dengan ini matlamat Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah pembelajaran untuk menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel untuk memenuhi keperluan individu dengan pelbagai tahap keupayaan kearah kehidupan bermakna akan tercapai.

MATLAMAT
Pelajaran Kemahiran Hidup - Perkebunan ini bermatlamat supaya rancangan aktiviti dan strategi pengajaran yang sistematik dan berfokus mengikut tahap keupayaan murid dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian supaya murid-murid boleh berdikari dalam menjalani aktiviti seharian dengan sempurna dan lebih berkeyakinan.